Event Detail

LEBIH 100 PENGUNJUNG KARNIVAL MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT MENGUNJUNGI RUANG PAMERAN HOSPITAL PAKAR KPJ BANDAR MAHARANI





Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani telah menyertai pameran sempena Karnival Majlis Perbandaran Segamat pada 10 & 11 Januari 2018 bertempat di Dataran Segamat, Jalan Omar, Segamat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan paras gula dalam darah dan tekanan darah. Lebih 100 pengunjung berkunjung ke ruang pameran Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani untuk mendapatkan maklumat promosi pakej kesihatan terkini yang ditawarkan serta ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan dan fasiliti  yang tersedia di Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani. Karnival anjuran Majlis Perbandaran Segamat dengan kerjasama Citra Madini Event & Management itu berlangsung selama 10 hari sehingga 14 Januari 2018.