Telephone: 06 – 956 4500 Fax: 06-956 4555 Click Here for Address & Maps

Event Detail

HOSPITAL PAKAR KPJ BANDAR MAHARANI ANJUR CERAMAH KESIHATAN BERSEMPENA KEMPEN KESEDARAN KANSER SERVIKS




Pada 14 Januari 2018, Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani telah menjayakan Ceramah Kesihatan Bersempena Kempen Kesedaran Kanser Serviks. Ceramah kesihatan bertempat di Bilik Persidangan, Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani itu telah dihadiri oleh 30 orang peserta daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Antara objektif ceramah kesihatan tersebut dianjurkan ialah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang bahaya kanser serviks. Ceramah kesihatan bertajuk Kanser Serviks telah disampaikan oleh Dr Norhayati Che Soh, Doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan. Pn Norsyamilla Mohd Deris, Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani pula menyampaikan ceramah beliau bertajuk Kesihatan dan Pemakanan Harian. Turut diadakan pada hari sama, Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani menawarkan Pemeriksaan Saringan Kesihatan Percuma bertempat di ruang parkir KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital untuk para pengunjung pasar tani di Jalan Stadium, Muar.