Event Detail

Hypertension and Stroke Awareness Campaign at Pioneer Muar




Pada 1 Mac 2018, KPJ Bandar Maharani Specialist telah mengadakan Kempen Kesedaran Hipertension dan Strok di Pioneer Muar. Objektif program diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga Pioneer Muar tentang bahaya penyakit strok dan hipertension. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program itu ialah Ceramah Kesihatan bertajuk Kesedaran Hipertension dan Strok oleh Dr Norfaizal Abd Latiff, Doktor Pakar Perubatan dan Hematologi, ceramah Kesihatan dan Pemakanan Harian oleh Pn Norsyamilla Md Deris, Pakar Pemakanan dari KPJ Bandar Maharani Specialist dan pelabagi aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan percuma dan kuiz interaktif berkaitan kesihatan.