Event Detail

KPJ Bandar Maharani Specialist Edar Bubur Lambuk Percuma




Pada 3 Jun 2018, Pihak Pengurusan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani bersama Kelab Sukan dan Rekreasi hospital itu telah mengadakan program gotong-royong memasak bubur lambuk. Gotong-royong memasak bubur lambuk telah disertai oleh anggota pekerja hospital sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Bagi program itu, lebih 700 bubur lambuk telah diedarkan kepada penumpang feri di Terminal Jeti Muar dengan bantuan pihak Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan dan sebahagian lagi telah diedarkan kepada orang ramai di hadapan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani di Jalan Stadium. Tidak ketinggalan, semua anggota pekerja hospital turut mendapat bubur lambuk percuma. Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani, Encik Mohamad Sofian Ismail turut membantu mengedarkan bubur lambuk kepada warga Muar selain dibantu oleh anggota Kelab Sukan dan Rekreasi bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan serta anggota pekerja hospital bagi menjayakan program murni itu.