Event Detail

Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani Anjur Program Barakah Ramadan




Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi hospital telah menganjurkan Barakah Ramadan bagi memenuhi tanggungjawab korporat kepada masyarakat setempat pada 10 Jun 2018. Sebanyak 30 buah keluarga sekitar Tangkak dan Ledang meneriam sumbangan berupa keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum, gula, garam, kopi, teh dan sebagainya. Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh En Mohamad Sofian Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani. Turut hadir pada program itu ialah En. Muhammad Ezany Ramli, Pengerusi Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani