Event Detail

Program Gotong-royong & Pemberian Bubur Lambuk Percuma






Pada 8 Jun 2017, Pihak Pengurusan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani bersama Kelab Sukan dan Rekreasi hospital itu telah mengadakan program gotong-royong memasak bubur lambuk. Gotong-royong memasak bubur lambuk telah disertai oleh anggota pekerja hospital sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Bagi program itu, 500 bubur lambuk telah diedarkan kepada penumpang feri di Terminal Jeti Muar dengan bantuan pihak Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan dan sebahagian lagi telah diedarkan kepada orang ramai di hadapan Pejabat Veteran ATM, Jalan Sulaiman. Tidak ketinggalan, semua anggota pekerja hospital turut memdapat bubur lambuk percuma. Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani, Encik Mohamad Sofian Ismail turut membantu mengedarkan bubur lambuk kepada warga Muar selain dibantu oleh pihak Veteran ATM yang sama-sama berganding bahu dengan anggota pekerja hospital bagi menjayakan program murni itu.