Event Detail

Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar-pelajar Sekolah Agama Seri Jong







Pada 12 Jun 2017, Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Pada majlis tersebut, seramai 25 murid-murid dari Sekolah Agama Seri Jong telah menerima duit raya manakala Sekolah Seri Jong telah menerima sumbangan berupa peti pertolongan cemas. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan Ratib Al-Attas oleh Ustaz Fadhil Mohamad Amin, guru pendidikan Islam SK Parit Bakar Tengah. Seterusnya solat Maghrib berjemaah, jamuan makan, majlis penyampaian duit raya dan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan, solat Isyak dan Tarawikh berjemaah dan moreh. Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani, Encik Mohamad Sofian Ismail, Dato' Dr Mahmood Awang Kechik dan isteri serta PN Noor Hayati Mahat, Guru Penolong Kanan Sekolah Agama Seri Jong.