Event Detail

Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani Terima Kunjungan Media Dari Dumai




Pada 9-10 Julai 2017 lalu, Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani telah berbesar hati menerima kunjungan mesra dari perwakilan media dari Dumai Indonesia. Deligasi dari negara garuda itu terdiri daripada Bapak Fernando; wakil wartawan Tribun, Bapak Sondang Raja Sinaga; wakil dari Radio Dumai FM, dan Bapak Harson; wakil dari Anas Surya Mandiri Tours & Travel Dumai. Kehadiran tetamu dari Indonesia itu disambut ceria oleh Encik Mohamad Sofian Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani, Dato' Dr Mahmood Aang Kechik; Pengarah Perubatan hospital, dan Puan Sahrul Bariyah Sanat; Ketua Pegawai Jururawat hospital serta disokong oleh ketua-ketua jabatan dan anggota pekerja.