Telephone: 06 – 956 4500 Fax: 06-956 4555 Click Here for Address & Maps

Event Detail

Program Saringan Kesihatan di 1 Segamat Mall




Pada 6 Oktober 2017 telah berlangsung Program Saringan Kesihatan Percuma bertempat di 1 Segamat Mall, Segamat Johor. Antara aktiviti yang dijalankan di gerai pameran Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani ialah saringan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan paras gula dalam darah dan pemeriksaan tekanan darah. Selain itu, pelbagai promosi pakej kesihatan turut ditawarkan kepada orang ramai yang mengunjungi gerai pameran sepanjang program berlangsung. Objektif penyertaan dan aktiviti ialah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan serta mempromosikan perkhidmatan dan fasiliti yang terdapat di Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani. Program ini bakal dijalankan pada setiap minggu sepanjang tahun 2017.