Telephone: 06 – 956 4500 Fax: 06-956 4555 Click Here for Address & Maps

Event Detail

Program Unique Love For You di Dataran Tg Emas




Pada 7 Oktober 2017 KPJ Bandar Maharani Muar telah menyertai Program Amal Unique Love For You bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar. Program anjuran Tadika Junior Cergas itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi Pusat Autism Muar. Antara aktiviti yang dijalankan di gerai pameran Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani ialah saringan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan paras gula dalam darah dan tekanan darah. Selain itu, pelbagai promosi pakej kesihatan turut ditawarkan kepada hadirin yang mengunjungi gerai pameran sepanjang program berlangsung. Objektif penyertaan dan aktiviti ialah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan serta mempromosikan perkhidmatan dan fasiliti yang terdapat di Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani.



Para pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat



Sebahagian daripada pengunjung booth Pemeriksaan Kesihatan Percuma Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani