Telephone: 06 – 956 4500 Fax: 06-956 4555 Click Here for Address & Maps

Event Detail

Ceramah Kesihatan Bersempena Hari Osteoporosis Sedunia 2017




Pada 20 Oktober 2017, Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani telah menjayakan Ceramah Kesihatan Bersempena Hari Osteoporosis Sedunia. Ceramah kesihatan bertempat di Bilik Latihan, Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani itu telah dihadiri oleh 40 orang peserta daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Antara objektif ceramah kesihatan tersebut dianjurkan ialah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan kesihatan tulang. Ceramah kesihatan bertajuk Osteoporosis, Mitos dan Fakta telah disampaikan oleh Dr Tan Wei Jing, Doktor Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma. Pn Norsyamilla Md Deris, Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani pula menyampaikan ceramah beliau bertajuk Tulang Yang Sihat. 
 





Dr Tan Wei Jing, Doktor Pakar Ortopedik dan Trauma sedang menyampaikan ceramah beliau.


Pn Norsyamilla Md Deris, Pakar Pemakanan sedang menyampaikan ceramah beliau



Sebahagian daripada peserta yang hadir. Semoga peroleh manfaat!