Telephone: 06 – 956 4500 Fax: 06-956 4555 Click Here for Address & Maps

Event Detail

Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani Anjur Program Kesedaran Kanser Payudara  




Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani Anjur Program Kesedaran Kanser Payudara
 
 
Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani telah mengadakan Program Kesedaran Kanser Payudara Bersama Helwa Daerah Tangkak pada 27 Oktober lalu. 
 
Program bertempat di Dewan Geliga Grisek, Sg Sendok, Mukim Grisek itu dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta.
  
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesihatan, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah, indeks berat badan selain mempromosikan pakej terkini yang ditawarkan oleh Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani.
 
Ceramah kesihatan telah disampaikan oleh Dr Norhayati Che Soh, Doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan bertajuk “Kanser Payudara” disusuli dengan ceramah bertajuk “Mammogram” oleh Cik Aimie Izzati binti Jamaludin, Ahli Radiologi dan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara oleh SRN Jessica Juin dibantu oleh para jururawat lain.
 
Program tersebut turut dihadiri oleh Datin Zalina Salleh, isteri Timbalan Ketua UMNO Parlimen Ledang, Pn Hajah Sarimah Abu Bakar, isteri YB DUN Serom, Pn Hajah Kastimah Hassan, Timbalan Wanita UMNO Parlimen Pagoh serta Pn Aishah Maulana, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Johor merangkap wakil rasmi Pengerusi Helwa Daerah Tangkak.




 
 






















Sister Jessica Nuin menunjukkan model payudara semasa sesi demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara



Dr Norhayati Che Soh, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan sedang menyampaikan ceramah beliau



Sebahagian daripada peserta Program Kesedaran Kanser Payudara anjuran Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani & Helwa Tangkak