Event Detail

Back To School Program 2017




MUAR, 27 DISEMBER – Seramai 45 kanak-kanak yang kurang berkemampuan menerima bantuan kelengkapan sekolah menerusi program Back to School 2017 anjuran pengurusan serta Kelab Sukan dan Rekreasi KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital.

Daripada jumlah itu, 30 kanak-kanak terpilih merupakan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar dan selebihnya merupakan anak-anak anggota pekerja hospital berkenaan.

 

Objektif program ialah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat melalui sumbangan set pakaian seragam sekolah lengkap, alat tulis dan sebuah beg sekolah kepada kanak-kanak yang kurang berkemampunan agar mereka bersemangat menempuhi sesi persekolahan bagi tahun 2018 selain membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa mereka.

Program yang diadakan di Pasaraya Giant, Muar dihadiri oleh Encik Mohamad Sofian Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital dan juga Puan Siti Noi Othman, Pegawai Kebajikan Masyarakat dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar.

Seramai 20 orang anggota pekerja hospital daripada pelbagai jabatan, 5 orang pegawai dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar dan 5 orang anggota pekerja Pasaraya Giant Muar turut turun padang membantu kanak-kanak memilih pakaian dan barangan kelengkapan sekolah tersebut.