News Detail

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN ASAS OLEH KPJ BANDAR MAHARANI SPECIALIST HOSPITAL

MUAR, 15 Mac 2019 - Seramai lebih 100 orang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Segamat telah menyertai Program Saringan Kesihatan Asas oleh KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital (KPJBMSH) pada 14 Mac 2019 yang lalu. Bertempat di syarikat tersebut, Program Saringan Kesihatan Asas ini dianjurkan oleh pihak TNB bagi memastikan para pekerja mendapat panduan agar dapat mengelakkan penyakit berisiko seperti kencing manis, darah tinggi, dan obesiti.

Program ini menunjukkan keprihatinan pihak TNB dalam menyokong gaya hidup sihat dan cakna terhadap kepentingan kesihatan yang sangat berkait rapat dengan pencapaian produktif para pekerja. Nasihat yang diberikan oleh Pegawai Perubatan juga sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan potensi penyakit merbahaya.