News Detail

Perasmian Perwakilan Pusat Pelayanan dan Informasi di Tanjung Pinang

Tanjung Pinang, 24 Mac 2019 – Rangkaian Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan telah mengadakan lawatan ke Tanjung Pinang, Indonesia pada 22 dan 23 Mac 2019 yang lalu. Lawatan ini diadakan bersempena Perasmian Perwakilan Pusat Pelayanan dan Informasi di Kompleks Ruko Bintan Centre, Tanjung Pinang. Pusat ini akan menjadi pusat penyaluran pelbagai maklumat kepada para pesakit berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh lima buah rangkaian Hospital Pakar KPJ di Wilayah Selatan iaitu KPJ Johor, KPJ Bandar Dato’ Onn, KPJ Puteri, KPJ Pasir Gudang dan KPJ Bandar Maharani. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Wali Kota Tanjung Pinang, Bapak H. Syahrul S. Pd.

Dalam majlis yang sama, Bapak Syahrul telah melancarkan pakej kesihatan yang dikenali sebagai ‘Paket Wisata Medis 2019’ khusus buat warga Indonesia yang bernilai RM 500. Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn (En. Asmadi Mohd Bakri), Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Johor (En. Mohd Azhar Abdullah), Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pasir Gudang (En. Hazarul Azly Hamzah) dan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Bandar Maharani (En. Mohamad Sofian Ismail), serta wakil dari KPJ Puteri (Pn. Lilian Wong Ee Min) selaku Eksekutif Pemasaran.

Lawatan ini turut diisi dengan program Seminar Kesihatan dan Jamuan Makan Malam bersama ejen pelancongan kesihatan dan bekas pesakit di Tanjung Pinang, Indonesia yang pernah menjalani rawatan di Rangkaian Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan. Acara ini telah diadakan di CK Hotel, Tanjung Pinang, Indonesia. Program yang dianjurkan ini diharap dapat menjalinkan hubungan dua hala yang lebih luas antara pihak Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan dengan warga Indonesia, khususnya yang berada di Tanjung Pinang.

Type your news text here